13 Tanda Anak Anda Ada Masalah Speech Delay

Kami Klinik Pakar Kanak-Kanak No.1 Di Tawau

Speech delay merujuk kepada kelewatan dalam keupayaan seorang kanak-kanak itu untuk bercakap atau menghasilkan bunyi. Kalau anak anda ada tanda-tanda ini, mari berjumpa dengan dr Mia hari ini.

budak-belajar

Klinik Selesa

Klinik kami di reka untuk memberi persekitaran yang selesa dan aman untuk anak-anak.

Doktor Pakar

Dr. Mia telah menjadi doktor sejak tahun 1998 dan menjadi pakar kanak-kanak pada tahun 2007.

5 Bintang Review

Ramai anak-anak yang telah kami bantu. Giliran anak anda pula.

Kenapa Memilih Dr. Mia?

Klinik No.1

Merupakan klinik Paeds swasta pertama di Pantai Timur Sabah.

Doktor Pakar & Berpengalaman

Pakar pediatrik wanita pertama dengan lebih daripada 17 tahun pengalaman sebagai pakar.

Rawatan Yang Holistik

Klinik kami menawarkan semua jenis rawatan bagi masalah anak-anak. 

Home Phototherapy

Merupakan klinik yang pertama memberi rawatan ‘home phototherapy’ kepada anak-anak.

5 Bintang Review

Sutriana Hj Babu
Sutriana Hj Babu
2023-07-31
Friendly all staff and Doktor
Asmah Andy
Asmah Andy
2023-07-29
Konsultasi yg jelas dan mudah difahami. Doktor mudah mesra dgn anak2. Servis terbaik alhamdulillah.
Nadia Najib
Nadia Najib
2023-07-27
Pakar Kanak-Kanak terbaik
Siti Zuraidah
Siti Zuraidah
2023-07-27
Doktor sangat ramah dan pandai ambil hati anak2.. sangat puas hati gn penjelasan doktor rasa sangat berbaloi ..
Shida Jelita
Shida Jelita
2023-07-27
Dr yg paling ank saya syg ,sbb dia pandai mengambil hat ank2 dan x lokek senyum malah ank2 ckp dr yg cantikk
Hazral
Hazral
2023-07-26
Very satisfied 👍..
Mohd Ardianshah Adnan
Mohd Ardianshah Adnan
2023-07-26
Penerangan jelas. Recomended 👍

13 Tanda Anak Anda Ada Masalah Speech Delay

Anak Berusia 12 Bulan

Sekiranya anak anda masih belum boleh melakukan perkara seperti berikut, anak anda ada masalah speech delay:

  1. Melambai ‘bye-bye’ atau menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk ke arah objek
  2. Menggunakan beberapa bunyi konsonan
  3. Menyuarakan keperluan mereka 

Anak Berusia 15 - 18 Bulan

Sekiranya anak anda masih belum boleh melakukan perkara seperti berikut, anak anda ada masalah speech delay:

  1. Tidak mengucapkan ‘mama’ dan ‘dada’
  2. Tidak membalas apabila diberitahu perkara seperti ‘Tidak’, ‘Jangan’, ‘Helo’ dan juga ‘Bye’
  3. Tidak mempunyai satu hingga tiga kosa kata (menjelang usia 12 bulan) dan 15 perkataan menjelang usia 18 bulan
  4. Tidak berupaya untuk mengenal pasti bahagian badan
  5. Menunjukkan kesukaran dalam meniru bunyi dan tindakan

Anak Berusia 2 - 4 Tahun

Sekiranya anak anda masih belum boleh melakukan perkara seperti berikut, anak anda ada masalah speech delay:

  1. Gagal menghasilkan ayat secara spontan
  2. Tidak mampu untuk mengikut arahan mudah
  3. Tidak mampu untuk menyambungkan dua perkataan
  4. Kurang bunyi/penggunaan konsonan pada permulaan atau di penghujung perkataan
  5. Sukar untuk difahami oleh ahli keluarga terdekat sendiri
  6. Tidak mampu untuk membuat ayat mudah yang mengandungi dua hingga tiga patah perkataan

9 Punca Speech Delay

Speech delay boleh disebabkan oleh masalah seperti:

  1. Sumbing bibir
  2. Lelangit rekah (cleft palate)
  3. Kecacatan frenulum atau bibir
  4. Masalah saraf oral-motor
  5. Masalah pendengaran
  6. Masalah ketika menyusu
  7. Cerebral palsy
  8. Penyakit Autism Spectrum Disorder
  9. Kecacatan mental

4 Punca Psikologi Speech Delay

Terdapat juga kemungkinan untuk masalah pertuturan mereka disebabkan oleh isu-isu psikososial seperti:

  1. Masalah dengan pengasuh atau dengan persekitaran mereka.
  2. Ketagihan terhadap rangsangan visual melalui paparan skrin.
  3. Kurang perhatian (tidak meluangkan masa yang cukup untuk bercakap dengan orang dewasa)
  4. Selective mutism (si manja memang tidak ingin bercakap)

Doktor Pakar & Berpengalaman

Dr. Asmiati Binti Abd Hamid

MD (USM), M.MED. PAEDIATRICS (USM) CONSULTANT PAEDIATRICIAN & PAEDIATRIC CARDIOLOGIST

Dr. Mia adalah doktor pakar kanak-kanak yang mempunyai lebih dari 26 tahun pengalaman. Beliau mula berkhidmat sebagai doktor di Queen Elizabeth Hospital, Sabah pada tahun 1998 dan menjadi doktor pakar kanak-kanak pada tahun 2007. Beliau pernah berkhidmat sebagai pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Sabah Women and Children Hospital, Hospital Tawau, Likas Hospital, Penang Hospital, Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Serdang, Hospital Kuala Lumpur, Andorra Hospital dan di Universiti Malaysia Sabah.

Visi beliau adalah untuk Menyediakan perkhidmatan kanak-kanak terbaik di seluruh pantai timur Sabah terutamanya kawasan Tawau.

Sekiranya Anak Anda Ada Tanda Speech Delay

Dapatkan Bantuan Dr Mia dengan Kadar Segera

Jom Jumpa Dr Mia untuk masalah Speech Delay anak anda. Doktor akan membantu anda.

CTA-NEW