Si Manja Anda Ada Masalah Gatal-Gatal? Masalah Ekzema?

Kami Klinik Pakar Kanak-Kanak No.1 Di Tawau

Adakah anak / bayi anda selalu gatal-gatal? Kulit merah-merah? Mungkin itu adalah tanda-tanda ekzema. Jom jumpa Dr. Mia untuk membantu si comel anda.

Klinik Selesa

Klinik kami di reka untuk memberi persekitaran yang selesa dan aman untuk anak-anak.

Doktor Pakar

Dr. Mia telah menjadi doktor sejak tahun 1998 dan menjadi pakar kanak-kanak pada tahun 2007.

5 Bintang Review

Ramai anak-anak yang telah kami bantu. Giliran anak anda pula.

Kenapa Memilih Dr. Mia?

Klinik No.1

Merupakan klinik Paeds swasta pertama di Pantai Timur Sabah.

Doktor Pakar & Berpengalaman

Pakar pediatrik wanita pertama dengan lebih daripada 17 tahun pengalaman sebagai pakar.

Rawatan Yang Holistik

Klinik kami menawarkan semua jenis rawatan bagi masalah anak-anak. 

Home Phototherapy

Merupakan klinik yang pertama memberi rawatan ‘home phototherapy’ kepada anak-anak.

5 Bintang Review

Sutriana Hj Babu
Sutriana Hj Babu
2023-07-31
Friendly all staff and Doktor
Asmah Andy
Asmah Andy
2023-07-29
Konsultasi yg jelas dan mudah difahami. Doktor mudah mesra dgn anak2. Servis terbaik alhamdulillah.
Nadia Najib
Nadia Najib
2023-07-27
Pakar Kanak-Kanak terbaik
Siti Zuraidah
Siti Zuraidah
2023-07-27
Doktor sangat ramah dan pandai ambil hati anak2.. sangat puas hati gn penjelasan doktor rasa sangat berbaloi ..
Shida Jelita
Shida Jelita
2023-07-27
Dr yg paling ank saya syg ,sbb dia pandai mengambil hat ank2 dan x lokek senyum malah ank2 ckp dr yg cantikk
Hazral
Hazral
2023-07-26
Very satisfied 👍..
Mohd Ardianshah Adnan
Mohd Ardianshah Adnan
2023-07-26
Penerangan jelas. Recomended 👍

Kenali Apakah Itu Ekzema

Penyebab Ekzema

Punca ekzema tidak diketahui sepenuhnya, tetapi ia dipercayai melibatkan gabungan faktor genetik dan alam sekitar. Beberapa faktor yang boleh mencetuskan atau memperburuk ekzema termasuk:

  1. Genetik: Jika terdapat sejarah keluarga yang mempunyai ekzema, asma, atau alahan lain, risiko untuk mendapat ekzema adalah lebih tinggi.
  2. Sistem Imun: Sistem imun yang terlalu aktif boleh menyebabkan keradangan kulit.
  3. Alahan: Pendedahan kepada alergen seperti debu, debunga, atau makanan tertentu boleh mencetuskan ekzema.
  4. Bahan Kimia: Bahan kimia dalam sabun, deterjen, dan produk penjagaan kulit boleh merengsakan kulit.
  5. Cuaca: Perubahan cuaca yang ekstrem, seperti cuaca yang sangat sejuk atau sangat panas, boleh memperburuk keadaan ekzema.
  6. Tekanan: Tekanan emosi atau fizikal juga boleh menjadi faktor yang menyumbang kepada ekzema.

Gejala Ekzema

Gejala ekzema boleh berbeza-beza bergantung kepada individu, tetapi yang biasa termasuk:

  • Kulit kering dan bersisik
  • Gatal yang teruk
  • Kemerahan dan radang pada kulit
  • Bintik-bintik atau lepuh kecil yang berisi cecair
  • Kulit menebal dan kasar akibat sering digaru
  • Keruping atau pengelupasan kulit

Rawatan Ekzema

Gejala eczema boleh di kawal dengan mengenal-pasti punca alahan. Doktor akan mengambil darah pesakit dan ujian akan dilakukan di makmal. Beberapa rawatan yang boleh membantu adalah;

  • Krim Pelembap: Menggunakan pelembap untuk menjaga kulit tetap lembap.
  • Kortikosteroid Topikal: Krim atau salap yang mengandungi steroid untuk mengurangkan keradangan dan gatal.
  • Antihistamin: Ubat yang boleh membantu mengurangkan gatal.
  • Terapi Fototerapi: Menggunakan cahaya UV untuk merawat ekzema yang teruk.
  • Pengelakan Pencetus: Mengelakkan pencetus yang diketahui, seperti alergen atau bahan kimia merengsakan.

Berikut adalah jenis-jenis ekzema

  1. Dermatitis Atopik: Ekzema yang paling biasa, menyebabkan kulit kering, gatal, dan merah. Sering ada sejarah keluarga yang mengalami ekzema atau alahan.

  2. Dermatitis Sentuhan: Berlaku akibat sentuhan dengan bahan yang merengsa atau menyebabkan alahan. Terbahagi kepada iritan dan alergen.

  3. Ekzema Nummular: Ditandai dengan tompok bulat yang gatal dan bersisik. Biasanya muncul di lengan, punggung, dan kaki.

  4. Dermatitis Seborrheic: Menyebabkan kemerahan dan kulit mengelupas di kawasan berminyak seperti kulit kepala dan muka. Pada bayi, dikenali sebagai “cradle cap.”

  5. Dermatitis Dishidrotik: Menyebabkan lepuh kecil yang gatal pada tapak tangan, jari, dan tapak kaki.

  6. Dermatitis Stasis: Berlaku akibat aliran darah yang lemah, biasanya di bahagian bawah kaki. Kulit menjadi merah dan bengkak.

  7. Neurodermatitis: Dimulakan dengan kawasan gatal yang, apabila digaru, menjadi lebih gatal dan tebal.

Doktor Pakar & Berpengalaman

Dr. Asmiati Binti Abd Hamid

MD (USM), M.MED. PAEDIATRICS (USM) CONSULTANT PAEDIATRICIAN & PAEDIATRIC CARDIOLOGIST

Dr. Mia adalah doktor pakar kanak-kanak yang mempunyai lebih dari 26 tahun pengalaman. Beliau mula berkhidmat sebagai doktor di Queen Elizabeth Hospital, Sabah pada tahun 1998 dan menjadi doktor pakar kanak-kanak pada tahun 2007. Beliau pernah berkhidmat sebagai pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Sabah Women and Children Hospital, Hospital Tawau, Likas Hospital, Penang Hospital, Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Serdang, Hospital Kuala Lumpur, Andorra Hospital dan di Universiti Malaysia Sabah.

Visi beliau adalah untuk Menyediakan perkhidmatan kanak-kanak terbaik di seluruh pantai timur Sabah terutamanya kawasan Tawau.

Sekiranya anak anda mengalami masalah Ekzema

Dapatkan Bantuan Dr Mia Dengan Kadar Segera

Jom Jumpa Dr Mia untuk masalah ekzema. Doktor akan membantu anda.