Kanak-kanak autisme pada tahap ringan berpeluang untuk mencapai tahap perkembangan normal seperti kanak-kanak lain sekiranya mendapat rawatan seawal usia 2- 3 tahun. Jom berjumpa dengan dr Mia hari ini.
Klinik kami di reka untuk memberi persekitaran yang selesa dan aman untuk anak-anak.
Dr. Mia telah menjadi doktor sejak tahun 1998 dan menjadi pakar kanak-kanak pada tahun 2007.
Ramai anak-anak yang telah kami bantu. Giliran anak anda pula.
Merupakan klinik Paeds swasta pertama di Pantai Timur Sabah.
Pakar pediatrik wanita pertama dengan lebih daripada 17 tahun pengalaman sebagai pakar.
Klinik kami menawarkan semua jenis rawatan bagi masalah anak-anak.
Merupakan klinik yang pertama memberi rawatan ‘home phototherapy’ kepada anak-anak.
Sutriana Hj Babu2023-07-31Friendly all staff and DoktorAsmah Andy2023-07-29Konsultasi yg jelas dan mudah difahami. Doktor mudah mesra dgn anak2. Servis terbaik alhamdulillah.Nadia Najib2023-07-27Pakar Kanak-Kanak terbaikSiti Zuraidah2023-07-27Doktor sangat ramah dan pandai ambil hati anak2.. sangat puas hati gn penjelasan doktor rasa sangat berbaloi ..Shida Jelita2023-07-27Dr yg paling ank saya syg ,sbb dia pandai mengambil hat ank2 dan x lokek senyum malah ank2 ckp dr yg cantikkHazral2023-07-26Very satisfied 👍..Mohd Ardianshah Adnan2023-07-26Penerangan jelas. Recomended 👍
Autisme adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seorang kanak-kanak di dalam interaksi sosial, tingkah laku dan cara berkomunikasi. Kajian mendapati 1 daripada 160 kanak-kanak di dunia menghidapi sindrom autisme dan tidak ada punca khas yang diketahui bagaimana berlakunya autisme.
Biasanya autisme dalam kalangan kanak-kanak boleh dikenal pasti seawal usia 2 tahun.
1. Lambat bercakap
2. Mengelak bertentang mata ketika berbual dan gemar berseorangan
3. Suka mengulang sesuatu perkataan atau ayat
4. Memberi jawapan berbeza daripada soalan yang diajukan
5. Tidak memberi reaksi ketika nama dipanggil pada umur 12 bulan
6. Tidak menunjuk minat pada umur 14 bulan
7. Tidak minat bermain olok-olok pada umur 18 bulan
8. Sukar untuk memahami perasaan orang lain atau meluahkan perasaan sendiri
9. Perubahan terhadap persekitaran akan menyebabkan mereka cepat marah
10. Taksub terhadap sesuatu perkara
11. Menunjukkan reaksi yang tidak sepatutnya terhadap satu rangsangan
12. Sering melakukan perbuatan berulang yakni seakan-akan mengepak tangan, menggoncang badan atau berpusing dalam bulatan
13. Tiada isyarat badan
14. Bercakap dalam tona yang rata, seperti robot atau menyanyi
15. Tidak memahami gurauan atau sindiran
16. Minat dan kelakuan yang aneh
17. Sering mengamuk
18. Tabiat makan dan tidur yang aneh
19. Terlebih aktif (Hyperactivity)
20. Panas baran
21. Bertindak melulu
Kanak-kanak autisme tidak semestinya mempunyai semua gejala atau tanda-tanda di atas untuk disahkan menghidap penyakit itu. Terdapat dignosis lain juga yang perlu untuk dipertimbangkan.
Doktor pakar kanak-kanak akan melakukan ujian khas dan yang lebih khusus sebelum diagnosis autisme diberikan. Oleh itu, amat disarankan jika anak anda disyaki menghidap autisme, segera dibawa berjumpa doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilaksanakan.
Terapi dapat membantu anak autism untuk mendapat kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka mengurus diri, belajar dan berkomunikasi dengan orang lain. Antara terapi yang penting untuk kanak-kanak autisme adalah terapi pertuturan-bahasa dan terapi cara kerja.
Jom jumpa doktor pakar kanak-kanak Dr. Mia untuk bertanyakan tentang masalah autism.
MD (USM), M.MED. PAEDIATRICS (USM) CONSULTANT PAEDIATRICIAN & PAEDIATRIC CARDIOLOGIST
Dr. Mia adalah doktor pakar kanak-kanak yang mempunyai lebih dari 26 tahun pengalaman. Beliau mula berkhidmat sebagai doktor di Queen Elizabeth Hospital, Sabah pada tahun 1998 dan menjadi doktor pakar kanak-kanak pada tahun 2007. Beliau pernah berkhidmat sebagai pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Sabah Women and Children Hospital, Hospital Tawau, Likas Hospital, Penang Hospital, Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Serdang, Hospital Kuala Lumpur, Andorra Hospital dan di Universiti Malaysia Sabah.
Visi beliau adalah untuk Menyediakan perkhidmatan kanak-kanak terbaik di seluruh pantai timur Sabah terutamanya kawasan Tawau.