- Central Business District, Tawau
Anak Anda Kerap Bersin, Sinus atau Resdung?
Jom Jumpa Doktor Mia!
Kami Klinik Pakar Kanak-Kanak No.1 Di Tawau
Adakah si manja anda sering bersin, hidung tersumbat, atau mengalami gatal-gatal di sekitar hidung? Ini mungkin tanda masalah sinus atau resdung. Jom berjumpa Dr. Mia untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut demi keselesaan anak anda.
Klinik Selesa
Klinik kami di reka untuk memberi persekitaran yang selesa dan aman untuk anak-anak.
Doktor Pakar
Dr. Mia telah menjadi doktor sejak tahun 1998 dan menjadi pakar kanak-kanak pada tahun 2007.
5 Bintang Review
Ramai anak-anak yang telah kami bantu. Giliran anak anda pula.
Kenapa Memilih Dr. Mia?
Klinik No.1
Merupakan klinik Paeds swasta pertama di Pantai Timur Sabah.
Doktor Pakar & Berpengalaman
Pakar pediatrik wanita pertama dengan lebih daripada 17 tahun pengalaman sebagai pakar.
Rawatan Yang Holistik
Klinik kami menawarkan semua jenis rawatan bagi masalah anak-anak.
Mesra Keluarga & Kanak-kanak
Mempunyai suasana yang nyaman dan persekitaran yang tenang, sesuai untuk semua.
5 Bintang Review
Sutriana Hj Babu2023-07-31Friendly all staff and DoktorAsmah Andy2023-07-29Konsultasi yg jelas dan mudah difahami. Doktor mudah mesra dgn anak2. Servis terbaik alhamdulillah.Nadia Najib2023-07-27Pakar Kanak-Kanak terbaikSiti Zuraidah2023-07-27Doktor sangat ramah dan pandai ambil hati anak2.. sangat puas hati gn penjelasan doktor rasa sangat berbaloi ..Shida Jelita2023-07-27Dr yg paling ank saya syg ,sbb dia pandai mengambil hat ank2 dan x lokek senyum malah ank2 ckp dr yg cantikkHazral2023-07-26Very satisfied 👍..Mohd Ardianshah Adnan2023-07-26Penerangan jelas. Recomended 👍
Kenapa Perlu Rawat Sinus dan Resdung?
1
Elak Komplikasi Serius
Cegah jangkitan kronik dan masalah serius seperti sinusitis.
2
Pernafasan Lebih Lancar
Legakan hidung tersumbat dan sesak nafas.
3
Tingkatkan Kualiti Hidup Anak
Atasi gangguan tidur akibat resdung.
3
Kurangkan Alahan Berulang
Rawatan mengurangkan serangan alahan berulang.
Kenali Apakah Itu Sinus dan Resdung
Penyebab Bayi Sinus dan Resdung
- Sinus terjadi apabila rongga di sekitar hidung menjadi radang, biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria, virus, atau alahan.
- Resdung pula adalah keradangan kronik yang boleh berpunca daripada alahan, udara tercemar, atau sistem imun yang lemah.
- Bayi dan kanak-kanak lebih mudah terdedah kerana sistem imun mereka masih berkembang.
Gejala Bayi Sinus dan Resdung
- Hidung tersumbat atau berair tanpa henti.
- Kerap bersin atau hidung gatal.
- Kesukaran bernafas, terutama semasa tidur.
- Demam ringan atau rasa tidak selesa.
- Bayi menjadi lebih meragam kerana ketidakselesaan di sekitar hidung dan muka.
Rawatan Sinus dan Resdung
- Pemeriksaan Doktor: Penting untuk mendapatkan diagnosis tepat.
- Ubat-ubatan: Doktor mungkin mencadangkan antihistamin atau semburan hidung untuk melegakan gejala.
- Terapi Hidrasi: Menjaga hidrasi dengan cukup air membantu mencairkan lendir di rongga hidung.
- Pencegahan Alahan: Elakkan pendedahan kepada alergen seperti debu dan asap rokok.
- Rawatan Lanjut: Dalam kes kronik, rawatan khusus seperti fisioterapi sinus mungkin diperlukan.
Pencegahan Sinus dan Resdung
Jaga Kebersihan Persekitaran
- Bersihkan rumah secara berkala untuk mengurangkan habuk, hama, dan alergen lain.
- Gunakan penapis udara untuk memastikan udara lebih bersih dan bebas pencemaran.
Hindari Pencetus Alahan
- Elakkan pendedahan kepada asap rokok, bau kuat seperti pewangi, atau udara tercemar.
- Pastikan si manja jauh dari bulu haiwan jika mereka sensitif terhadapnya.
Pastikan Anak Kekal Hidrasi
- Minum air secukupnya untuk membantu mencairkan lendir dan memastikan saluran pernafasan kekal lembap.
Kuatkan Sistem Imun
- Berikan makanan seimbang yang kaya dengan nutrien untuk meningkatkan daya tahan tubuh.
- Pastikan bayi atau anak anda mendapat tidur yang mencukupi setiap hari.
Gunakan Pelembap Udara
- Pelembap udara membantu mencegah saluran hidung daripada kering, terutama dalam cuaca sejuk atau penghawa dingin.
Elak Sentuhan Langsung dengan Orang Sakit
- Hindari hubungan rapat dengan individu yang mengalami selesema atau jangkitan pernafasan untuk mencegah penyebaran virus.
Doktor Pakar & Berpengalaman
Dr. Asmiati Binti Abd Hamid
MD (USM), M.MED. PAEDIATRICS (USM) CONSULTANT PAEDIATRICIAN & PAEDIATRIC CARDIOLOGIST
Dr. Mia adalah doktor pakar kanak-kanak yang mempunyai lebih dari 26 tahun pengalaman. Beliau mula berkhidmat sebagai doktor di Queen Elizabeth Hospital, Sabah pada tahun 1998 dan menjadi doktor pakar kanak-kanak pada tahun 2007. Beliau pernah berkhidmat sebagai pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Sabah Women and Children Hospital, Hospital Tawau, Likas Hospital, Penang Hospital, Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Serdang, Hospital Kuala Lumpur, Andorra Hospital dan di Universiti Malaysia Sabah.
Visi beliau adalah untuk Menyediakan perkhidmatan kanak-kanak terbaik di seluruh pantai timur Sabah terutamanya kawasan Tawau.